Ramadhan

Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ˜ra-mim-dal ', yang bererti panas atau panas yang menyengat. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud menjadi panas atau sangat panas, atau diartikan juga sebagai hampir membakar. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.

Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ˜Siyam' atau ˜Soum' Kedua-duanya berasal dari kata dasar ˜Sa-wa-ma', di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.

Di dalam Islam bulan Ramadhan merupakan bulan yang ke-9 di dalam kalendar hijrah. Puasa telah difardhukan kepada seluruh umat Islam semenjak tahun ke-2 hijrah sehingga hari kiamat. Lazimnya pada bulan ini cuacanya sangat panas. Bersempena dengan nama tersebut.

Kelebihan / Keistimewaan bulan Ramadhan:

Antara kelebihan atau keistimewaan Bulan Ramadhan berbanding bulan lain islam antaranya seperti dibawah :
1. Bulan disyariatkan untuk berpuasa

Bulan dimana disyariatkan agar berpuasa . ini jelas termaktub dalam firman Allah s.w.t seperti dibawah ini


2. Bulan Kemenangan Bagi Umat Islam

Pada bulan ramadhan juga berlakunya kemenangan terbesar yang berjaya dicapai oleh umat Islam ialah didalam peperangan Badar al-Kubra. Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadhan, hari Jumaat tahun 2H iaitu tahun pertama disyariatkan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Seperti yang kita sedia maklum Allah SWT telah mengurniakan kemenangan kepada umat Islam walaupun bilangan tentera Islam hanya berjumlah 313 orang berbanding orang kafir seramai 1300 orang.

Satu lagi peristiwa agung yang berlaku pada bulan Ramadhan ialah berlakunya peristiwa ‘Fathul Makkah’. Ianya berlaku dalam bulan Ramadhan tahun ke 8H.


3. Bulan Yang Penuh dengan Keberkatan

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut ‘permulaan adalah rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya dijauhkan daripada api neraka’.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulallah S.A.W bersabda apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibuka lah pintu-pintu syurga ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikat lah semua syaitan.


4. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali

Bagi sesiapa yang menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu dan bagi mereka yang melaksnakan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat.

" Barangsiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajibamalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu dan sesiapa yang melakukan suatu .”.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)


5. Tawaran Pengampunan dosa-dosa yang lalu

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Barangsiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang '


6. Pintu Rahmat Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan pintu-pintu Rahmat dibuka. ALLAH meluaskan rahmat-NYA agar menaungi seluruh hamba-hamba-NYA yang tekun beribadah dan taat kepada-NYA dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah s.a.w :

" Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1079.


7. Pintu Langit Terbuka Luas

ALLAH membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menurunkan limpahan rahmat-NYA kepada sekalian hamba-hamba-NYA serta segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-NYA akan naik secara terus kepada-NYA.

Sabda Rasulullah s.a.w :
" Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.


8. Pintu Syurga Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga dibuka seluas-luasnya pintu syurga bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah ALLAH. Bahkan, di bulan yang mulia ini jugalah ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-NYA yang menjadi penyebab memudahkan mereka masuk ke syurga.

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1898.


9. Pintu-Pintu Neraka Tertutup Rapat

Pintu-pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya pada bulan Ramadan. Ia menunjukkan bahawa pada bulan Ramadan yang mulia ini hamba-hamba ALLAH yang tekun beribadah dan menurut segala perintah-NYA terlindung daripada dorongan untuk melakukan perbuatan-perbuatan terlarang yang boleh menjadi penyebab untuk mereka dicampakkan ke dalam api neraka.

Sabda Rasulullah s.a.w:
" Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.

Siksaan azab kubur juga dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang meninggal dibulan Ramadhan tidak disiksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.


10. Dikurniakan Malam Lailatul Qadar

Umat Nabi Muhamad SAW merupakan umat yang sangat istimewa karena dikurniakan satu malam yang mempunyai pahala melebihi 1000 bulan beribadah. iaitu malam lailatul qadar.


11. Syaitan dan Jin Dibelenggu / Dirantai

Pada bulan Ramadan syaitan dan jin dirantai untuk menghindari mereka dari mengganggu atau menghasut orang-orang yang beriman. Ada juga ulama mentafsirkan maksud syaitan dibelenggu ialah syaitan tidak dapat merosakkan ibadah manusia pada bulan Ramadan kerana ketekunan manusia melakukan ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain. Ini karena, ibadah puasa itu dapat mengawal nafsu mereka dari terdorong melakukan perkara mungkar.

Sabda Rasulullah s.a.w:
" Apabila tibanya malam pertama bulan Ramadan dibelenggu syaitan-syaitan dan jin yang derhaka." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no: 618.

Namun, persoalan yang timbul di sini bahawa sekiranya syaitan dan jin dibelenggu pada bulan Ramadan mengapa manusia masih melakukan kemungkaran pada bulan ini? Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, Imam al-Qurthubi r.h telah berkata:

" Apabila semua syaitan terbelenggu tidak bermakna langsung tidak akan berlaku kejahatan dan kemaksiatan. Ini kerana, punca berlakunya kemaksiatan mungkin berpunca daripada faktor selain (hasutan) syaitan seperti diri manusia itu yang sememangnya berperangai buruk, sentiasa melakukan perbuatan mungkar serta manusia yang nafsunya masih terdorong mengikut hasutan syaitan." -

Rujukan : Fath al-Baari Syarh Sahih al-Bukhari, Tahqiq oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, edisi terjemahan oleh Amiruddin, Pustaka Azzam, Jakarta (1997), jil. 11, ms. 43.

Namun menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini. ini berdasarkan hadis dibawah

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,…."
(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya maksiat dan kemungkaran masih wujud pada bulan Ramadan yang mulia ini. Malah, pada bulan ini kita sebenarnya berkesempatan untuk berkenalan dengan spesis syaitan atau jin dari kalangan kaum manusia. Ya! kita dapat mengenali spesies ini melalui sikap mereka yang enggan mentaati perintah ALLAH. Semoga kita semua terhindar dari tergolong dalam kelompok yang hina ini

Keistimewaan bulan ramadhan ini dan banyak peristiwa besar dalam sejarah islam yang terjadi dalam bulan ini maka bulan ini juga mendapat gelaran sebagai penghulu bagi segala bulan.

Semoga bermanfaat dan sekaligus kita akan memuliakan bulan ramadhan ini dengan melakukan amal jariah, ibadah , sedekah, memperbanyakkan berwirid, bertasbih dengan sentiasa memuji kebesaran Allah.

Mudah-mudahan bukan sekadar kita akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dari Allah s.w.t bahkan ditinggikan lagi derajat kita di akhirat kelak, insyallah.


Doa Niat Puasa Ramadhan

Doa berikut ini dibaca pada saat kita melakukan sahur di bulan ramadhan.

“Nawaitu shauma ghadin ‘an adaa-i fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillaahi ta’aalaa”

“Sengaja saya berpuasa esok hari untuk menunaikan kewajiban bulan Ramadhan tahun ini karena Allah semata.”

Doa Berbuka Puasa

Doa berikut ini dibaca pada saat kita berbuka puasa, baik saat menjalankan puasa wajib (Ramadhan) atau puasa-puasa sunah lainnya.

“Allahumma laka shumtu wa bika aamantu, wa ‘alaa rizqika afthartu, dzahabazh zhama-u, wabtallatil ‘uruuqu wa utsbital ajru insyaa allaah”

“Ya Allah, karenaMu aku berpuasa dan hanya kepada-Mu saya beriman dan dengan rezeki-Mu saya berbuka, dahaga telah lenyap dan urat-urat telah basah (segar) serta mudah-mudahan pahalanya ditetapkan.”

Doa Niat Shalat Tarawih

Shalat Tarawih (kadang-kadang disebut teraweh atau taraweh) adalah shalat sunnat yang dilakukan khusus hanya pada bulan ramadhan. Waktu pelaksanaan salat sunnat ini adalah selepas isya’, bisa dilakukan secara individu ataupun secara berjama’ah di masjid.

Doa niat shalat tarawih ini dibaca sebelum melaksanakan shalat tarawih.

أُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيحِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُومًا/إِمَامًا للهِ تَعَالَى

“Ushalli sunnatat taraawiihi rak’ataini (ma’muman/imaaman) lillahi ta’aalaa.”

“Aku niat Salat Tarawih dua rakaat (menjadi makmum/ imam) karena Allah Ta’ala”

Doa Niat Shalat Witir

Salat Witir adalah salat sunah dengan rakaat ganjil (satu / tiga / lima / dst) yang dilakukan setelah melakukan salat lainnya di waktu malam (misal: tarawih dan tahajjud). Hal ini didasarkan pada hadis Nabi Muhammad SAW [HR. Abu Daud]:

“Sesungguhnya Allah adalah witr (ganjil) dan mencintai witr”

Salat ini dimaksudkan sebagai pemungkas waktu malam untuk “mengganjili” salat-salat yang genap. Karena itu, dianjurkan untuk menjadikannya akhir salat malam. Hukumnya adalah sunah muakad.

“Ushallii sunnatal-witri (rak’atan / rak’ataini / tsalaatsa raka’aatim) lillaahi ta’aalaa.”

“Aku niat salat sunah witir satu / dua / tiga rakaat karena Allah Ta’ala”

Doa Qunut

Doa qunut adalah doa yang disyariatkan dalam shalat Witir. Doa ini bisa dibaca sebelum ruku’ (setelah membaca surah atau ayat Al Qur’an) atau setelah bangun dari ruku’ pada saat rakaat terakhir.

اللَّهُمَّ اهْدِنِى فِيمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنِى فِيمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنِى فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لِى فِيمَا أَعْطَيْتَ وَقِنِى شَرَّ مَا قَضَيْتَ فَإِنَّكَ تَقْضِى وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ

“Allahummahdiini fiiman hadait, wa’aafini fiiman ‘afait, watawallanii fiiman tawallait, wabaarik lii fiima a’thait, waqinii syarrama qadlait, fainnaka taqdhi walaa yuqdho ‘alaik, wainnahu laa yadzillu man waalait, tabaarakta rabbana wata’aalait.”

“Ya Allah, berilah aku petunjuk di antara orang-orang yang Engkau beri petunjuk, dan berilah aku keselamatan di antara orang-orang yang telah Engkau beri keselamatan, uruslah diriku di antara orang-orang yang telah Engkau urus, berkahilah untukku apa yang telah Engkau berikan kepadaku, lindungilah aku dari keburukan apa yang telah Engkau tetapkan, sesungguhnya Engkau Yang memutuskan dan tidak diputuskan kepadaku, sesungguhnya tidak akan hina orang yang telah Engkau jaga dan Engkau tolong. Engkau Maha Suci dan Maha Tinggi”


Doa Mohon Ampunan Atas Segala Khilaf

“Allaahummaghfirlii khathii’atii wa jahlii wa israafi fii amrii wa maa anta a’lamu bihi minnii.
Allaahummaghfirlii hazlii wa jiddii wa khathaayaaya wa ‘amdii wa kullu dzaalika ‘indii”

“Ya Allah, berialh ampunan kepadaku atas kesalahan-kesalahanku, kebodohanku, serta sikap berlebihanku dalam urusanku, dan dari segala sesuatu yang Engkau lebih mengetahuinya daripada diriku.
Ya Allah, berikanlah ampunan kepadaku atas canda dan keseriusanku, kekeliruan dan kesengajaanku, dan segala yang ada pada diriku."
~ HR Al-Bukhari


Doa Mohon Disucikan Dari Segala Dosa

“Allaahumma thahhirnii min al-dzunuubi wa al-khathaayaa. Allaahumma naqqinii minhaa kamaa yunaqqaa al-tsaubu al-abyadhu min al-danasi. Allaahumma thahirnii bi al-tsalji wa al-baradi wa al-maa’i al-baaridi.”

“Ya Allah, sucikanlah diriku dari berbagai dosa dan kesalahan. Ya Allah, bersihkanlah diriku darinya sebagaimana dibersihkannya kain putih dari kotoran. Ya Allah, sucikanlah diriku dengan salju, embun, dan air yang dingin."
~ HR Al-Nasa’i


Doa Mohon Ampunan Dari Tindakan Melampaui Batas

“Rabbanaaghfirlanaa dzunuubanaa wa israafanaa fii amrinaa wa tsabbit aqdaamanaa wanshurnaa ‘alaa al-qaumi al-kaafiriin”

“Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan (dalam) urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir."
~ QS Aali ‘Imraan [3]:147


Doa Tobat

“Allaahumma innii zhalamtu nafsii zhulman katsiiran wa laa yaghfiru al-dzunuuba illaa anta faghfirlii maghfiratan min ‘indika warhamnii innaka anta al-ghafuuru al-rahiim”

“Ya Allah, aku telah banyak berbuat zalim terhadap diriku sendiri, dan tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau. Maka, curahkanlah ampunan dan belas kasih kepadaku dari sisi-Mu. Sungguh Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
~ HR Al-Bukhari, Muslim, AL-Tirmidzi, Al-Nasa’i, Ibn Majah, Ahmad, Ibn Hibban, dan Ibn Khuzaimah


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Kematian Menurut Islam

Tabung Haji Umroh

Doa-doa Nabi dan Rasul yang Mustajab